![]()
Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pak Lah & Najib
Oleh: Anak Bapa- Laman M@RHAEN
![]()
Saya masih menunggu sampai saat dan ketika ini komen daripada Pak Lah dan Najib berhubung usul daripada sebuah cawangan UMNO di Langkawi dan UMNO Selangor yang mencadangkan supaya UMNO memanggil balik mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir untuk mengemudi pemerintahan negara ini. Saya tak tahu sama ada Pak Lah dan Najib faham atau tidak makna usul ini dan implikasi kepada kewibawaan mereka buat masa ini. Takkan “serangan” yang paling terbuka begini pun masih mereka tak faham-faham lagi! Atau buat-buat tak faham pula.
Kenyataan terbaru akar umbi UMNO ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah berputus harap kepada pimpinan UMNO untuk memulih kembali kekuatan UMNO dan BN. Jikalau semata-mata Pak Lah yang mereka pertikaikan sudah barang tentu usul mereka ialah meminta Pak Lah meletak jawatan dan diganti dengan Najib. Tetapi tidak. Mereka bukan sekadar tidak percaya kepada Pak Lah dan Najib, malah kesemua pimpinan tertinggi UMNO. Ekoran daripada kekecewaan inilah mereka merasakan bahawa hanya Tun Mahathir saja yang mampu berbuat sesuatu untuk menyatukan ahli-ahli UMNO dan lantas mengembalikan kegemilangan UMNO.
Bagi saya mesej daripada akar umbi ini cukup jelas. Mereka tidak perlu menunggu usul undi tidak percaya daripada Pakatan Rakyat terhadap Pak Lah. Mereka terlebih dahulu mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah dan seluruh pimpinan UMNO dengan meluluskan usul memanggil balik Dr. M menerajui UMNO. Persoalannya adakah pimpinan UMNO yang terkenal dengan kulit muka yang tebal akan akur kepada mesej ini?
Satu lagi andaian yang kita boleh buat daripada usul ini ialah bagaimana tandusnya UMNO dengan pemimpin yang berwibawa dan berkualiti. Dr. M bukanlah hebat sangat. Mungkin beliau berjaya sedikit sebanyak di dalam aspek pembangunan ekonomi negara tetapi jangan kita lupa pelbagai kerosakan yang berlaku di zamannya termasuk gejala rasuah yang begitu menonjol, krisis kehakiman, kekejaman terhadap pembangkang, pemerintahan ala diktator dan sebagainya.
Dengan memanggil balik Tun M, UMNO berundur ke belakang ke zaman kegelapan dan kezaliman. Tambahan pula Tun dah lama keluar UMNO. Nampak bercelaru benar pemikiran orang-orang UMNO kebelakangan ini. Arah mana mereka nak pergi, Allah sahaja yang tahu. Ada yang nak undur ke belakang dan ada yang nak ke depan tetapi tak tahu pula arah mana? Ibarat kalau kapal bukan setakat 2 orang kapten, silap-silap 4 atau 5 orang kapten. Jikalau dah begitu keadaannya anda bayangkanlah sendiri keadaan rumahtangga UMNO dan apa akan berlaku seterusnya ………
Anak Bapa: (Sambil menggeleng kepala) Kasihaaaaaaaaan ……. (elok masuk PAS ramai-ramai sebelum kapal karam).
http://anakbapa.blogspot.com/2008/09/usul-undi-tidak-percaya-terhadap-pak.html
Emel