Surat Cabaran Rasmi Kepada Tajol Rosli


 
 

16 Mei 2008 / 10 Jamadilawal 1429

Kepada :
YB. Dato' Seri Dr. Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak,
No. 3, Bangunan UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh,

(No. Fax : 05-253 0470)

YB. Dato’ Seri;

CABARAN RASMI MENGOSONGKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PENGKALAN HULU

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(Surah An-Nisaa', Ayat 58)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) merujuk laporan akhbar (Utusan Malaysia) bertarikh 12 Mei 2008 dan kenyataan serta ucapan pada majlis Kesyukuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kangsar di Arena Square, Kuala Kangsar pada 11 Mei 2008 adalah berkaitan.

DPPK IT merasakan kenyataan serta ucapan YB. Dato’ Seri yang telah dilaporkan seperti ''saya sanggup letak jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu dan bertanding semula” sebagai tidak menghormati dan hilang kepercayaan daripada pengundi-pengundi di Pengkalan Hulu serta rakyat Perak seluruhnya.

DPPK IT tidak yakin kepada YB. Dato’ Seri yang pernah menjadi Menteri Besar Perak sanggup membuat kenyataan serta ucapan seperti itu dan perlu bertanggungjawab bagi membuktikan apa yang telah dinyatakan serta diucapkan. Sebagai bekas Menteri Besar adalah menjadi tanggungjawab setiap kenyataan serta ucapan tersebut mesti dipikul dan tidak bersifat bohong.

Oleh yang demikian, DPPK IT dengan secara rasmi mencabar YB. Dato’ Seri untuk membuat sepertimana yang telah dinyatakan serta diucapkan seperti slogan BN ‘kotakan janji’. DPPK IT tidak yakin langsung dengan YB. Dato’ Seri untuk mengosongkan DUN Pengkalan Hulu tersebut.

DPPK IT mendesak supaya YB. Dato’ Seri membuat satu kenyataan rasmi tentang perkara ini. Jika apa yang dilaporkan oleh media tidak benar sila nafikan, jika benar sila YB. Dato’ Seri nyatakan bila tariknya. YB. Dato’ Seri boleh umumkan bila-bila masa daripada sekarang kerana rakyat Perak sedang menanti keputusan tersebut.

Sekian, tuntutan dan desakan DPPK IT.

Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur
 

SHAMSUL EFFENDEY ABDUL RAHIM
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.
 

17.05.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel