![]()
Mahathir Sedia Untuk Didakwa
- Sebahagian Doa Ustaz Fadhil?
Oleh: Insan Berguna- Laman M@RHAEN
![]()
Laporan siasatan suruhanjaya rakaman VK Lingam sudah pun diumumkan. Maka panaslah dan tidak senang duduklah bagi sesetengah yang terlibat. IB ingin lihat apa tindakan UMNO terhadap Setiausaha Agungnya yang terlibat dalam kes rakaman Lingam ini.
Namun, antara yang cepat mengulas ialah Mahathir sendiri. Dia cepat menyahut kemungkinan yang dia akan disiasat dan didakwa.
IB melihat peristiwa ini dengan merujuk kembali kepada tulisan IB dulu Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur …
Apakah ini sebahagian dari apa yang dimaksudkan oleh arwah Ustaz Fadhil? Apakah ini termasuk apa yang Mahathir sendiri akan merasai dalam hayatnya akan kemusnahan yang dilakukannya?
Tetapi perlukah kita dengar lagi leteran Mahathir yang tidak habis-habis? Persaksian Mahathir wajar ditolak jika kita ingat pada Al Qur’an Surah An Nuur ayat 4. Dan kita wajar tolak selama-lamanya.
Dan inilah juga yang kerap IB petik bahawa apabila kita berbohong, kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau (when you compound a lie, you compounded the consequences).
Sekian,
IB
18.05.2008
Sudah daftar akaun percuma? Malah, upgred nanti pun PERCUMA!
![]()
Daftar dan ketahui sendiri apa keistimewaannya.
Emel