![]()
Selamat Tinggal UMNO,
Selamat Datang Malaysia Baru..
Oleh Mahir - Laman M@RHAEN
![]()
Nampaknya kita semakin menghampiri dan menyambut kedatangan Malaysia Baru, inshaAllah.
Jika diperhati dan diteliti ia hampir menjadi nyata. Kesannya sudah semakin terasa dengan penurunan dan kelembapan pasaran saham di Bursa Malaysia.
Kata Tok Guru," Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah tidak wajar lagi duduk dalam masyarakat negara ini kerana parti itu sudah luar biasa dan tidak berpijak di bumi nyata. Oleh itu, dia mencadangakan agar Umno lari ke bukit. "
Kata Tun Mahathir, "BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN." Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno memberitahu, penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah hancurkan Umno, MCA, Gerakan, MIC dan BN.
Manakala Ahli MT UMNO Datuk Seri Dr.Rais Yatim pula menggesa MT UMNO melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.
- Mahir
04.09.2008
Emel