![]()
Beras Mahal:
Makan Ubi Atau Keluli?
Kiriman Muramatsu - Laman M@RHAEN
![]()
Lucu juga saranan ISIS supaya rakyat Malaysia makan ubi, ganti beras akibat harganya yang mahal.
Pernah suatu ketika dulu masa Mahathir perdana menteri, ISIS adalah pendokong kuat dan menyarankan Malaysia perlu dijadikan Negara industri. Bukan industri pertanian, tetapi industri lain yang kononnya lebih menguntungkan kerana mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan.
Kini Institut yang sama menyarankan supaya rakyat makan ubi seperti zaman Jepun. Dengan justifikasi orang di negara Jepun dan negara maju di barat makan ubi sebagai makanan asas mereka.
Tetapi, di Negara Jepun atau Negara barat lain, mereka tidak “gila babi” dengan kempen Negara industri, walaupun memang dunia tahu mereka adalah Negara Industri, pengeluar produk industri bukan berasaskan pertanian utama dunia.
Di sana, pertanian adalah aktiviti asas Negara. Adakah pegawai-pegawai ISIS tidak pernah ke Eropah dan Jepun? Lihat sendiri keadaan ladang-ladang pertanian. Tentu sekali faktor sokongan dan infrastruktur pertanian mereka kuat yang mana ia sudah pasti atas inspirasi kerajaan mereka juga.
Di Malaysia? Kelengkapan pertanian yang tidak lengkap dan lebih teruk lagi dipaparkan kononnya pertanian tidak menguntungkan. Lebih buruk lagi, projek ternakan babi yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu pun ada cubaan nak disapu oleh pemimpin kerajaan negeri terbabit.
Di Jepun atau Eropah, aktiviti pertanian seperti biasa sebagai sumber makanan utama dalam negara. Agaknya institute mereka tahu manusia ini tidak boleh makan chip kad elektronik atau gigi orang di sana tak kuat untuk kunyah keluli, yang mana ianya asas bahan industri.
Berbalik kepada ISIS, adakah ISIS tahu dari mana rakyat Malaysia boleh dapatkan bekalan kentang atau ubi? Berapa banyak ubi ada di Malaysia? Tanaman ubi adalah biasa di Jepun, tetapi di Malaysia? Bahkah, siaran TV di Jepun menjadikan pertanian adalah bahan utama siaran mereka.
Di Malaysia adakah suasananya sama atau hampir sama? Petani di Malaysia tidak diberi liputan meluas tentang tempat mereka bertani, kalau ada pun waktu Menteri datang untuk hal-hal tertentu.
Tetapi di Jepun pertanian adalah bahan utama dalam penyiaran. Sebaliknya di Malaysia artis dan pemimpin politik UMNOlah yang mendapat liputan istimewa di media. Adakah ISIS Nampak perbezaan ini?
Kenapa ISIS tidak buat kajian secara strategik bagaimana hendak menjadikan gigi-gigi dan perut rakyat Malaysia kuat dan tahan, supaya keluli-keluli boleh dijadikan makanan, sesuai dengan wawasan 2020 yang dianjur Mahathir dan UMNO kepada rakyat Malaysia? Itu baru kajian strategic namanya.
Jangan-jangan lepas ni ada kempen makan ubi pula!
Muramatsu
United Kingdom17.05.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1
Ditaja oleh:![]()
Emel