TAG 1829-10:
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 10
Jurulelong Negara
(The National Auctioneer)
Laporan Khas Malaysia Today  - Laman M@RHAEN
Tindakan berani Azman Mokhtar menolak keghairahan Khairy Jamaluddin untuk menjadi COO (Chief Operations Officer) Khazanah merupakan satu tamparan hebat kepada ego Khairy. Beliau menyangka pada asalnya bahawa pelantikannya untuk mengisi jawatan itu hanyalah satu formaliti sahaja. Sebaliknya dia mendapati bagaimana impian itu berkecai setelah ditolak secara berhemah dan berbudi-bahasa tetapi sungguh bermakna untuk seorang anak muda yang mentah dan tidak berpengalaman. Inilah juga alasan yang sama menyebabkan beliau tidak diberikan sebarang jawatan di pejabat Perdana Menteri sejurus selesai Pilihan Raya Umum ke-11 dahulu di mana dia dikatakan berjaya merencana satu kemenangan yang paling besar untuk Barisan Nasional dalam sejarah parti berkomponen itu..

Sebagai Ketua Kempen Pilihan Raya, Khairy bukan sahaja berjaya mencorakkan satu imej baru buat Paklah yang dilihat sebagai insan yang baik hati dan tinggi budi bahasanya dan lebih lemah-lembut berbanding Mahathir. Malahan beliau merupakan orang yang menentukan siapa di kalangan calon BN yang patut bertanding. Satu Jawatankuasa khas yang dianggotai tiga orang mengandungi Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak, Setiausaha Kerja BN, Yaakob Muhammad dan Khairy Jamaluddin telah diberikan kebebasan untuk memilih dan menentukan orang yang patut menerima watikah menjadi calon BN. Dua orang anggota Jawatankuasa itu memang tidak ragu-ragu lagi dengan mendapat suara siapakah yang lebih didengar oleh Perdana Menteri untuk menentukan keputusan yang muktamad.

Sejurus selesai Pilihan Raya Umum itu Khairy tidak dapat menahan kegembiraan untuk bercakap angkuh tentang peranannya menentukan kemenangan besar BN. Gelagat ini bukan sahaja menaikkan kemarahan Najib malahan juga beberapa orang pegawai di pejabat Paklah yang telah lama berkhidmat dengan setianya kepada beliau. Kumpulan ini yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Peribadi Thajudeen Abdul Wahab telah bergabung tenaga menasihatkan Paklah agar beliau menghentikan segala cakap-cakap cemuhan yang dilempar padanya disebabkan Khairy. Thajudden menasihati Paklah agar menamatkan khidmat Khairy di pejabat kerana beliau masih mampu bergantung harap kepadanya sebagai seorang anggota keluarganya sendiri. Tetapi adalah tidak kena pada tempatnya jika Paklah terus menggunakan Khairy sebagai seorang penasihat rasmi. Seorang lagi kepercayaan Paklah, Fawzi Basri (arwah) telah mencadangkan agar Khairy diberikan tugas lain di kementerian yang lain. Ketika itulah seorang sekutu Khairy, Ahmad Zaki Zahid, yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar Khairy dilantik menjadi Chief Executive Officer (CEO – Ketua Pegawai Eksekutif) di Khazanah.

Perkara itu telah dibincangkan oleh Abdullah dengan Menteri Kewangan Kedua Nor Mohammad Yakcop. Mereka bersetuju bahawa CEO yang ada ketika itu, Anuar Aji, tidak cekap dan kerap gelabah dalam tugasnya. Namun, Nor Mohamad berpendapat adalah tidak masuk akal untuk meletakkan seorang anak muda berusia 28 tahun dan masih mentah dalam dunia niaga dilantik menguruskan perniagaan Khazanah. Sesungguhnya, kalau tidak kerana pengalaman sebagai Pegawai Khas di Jabatan Perdana Menteri, Khairy bukan ada pengalaman kerja kecuali sebagai seorang wartawan pelatih di dalam bidang percetakan dan media elektronik. Kerana itu Nor mencadangkan agar Khairy dilantik menjadi seorang COO (Ketua Pegawai Operasi) yakni satu tahap bawah sikit daripada jawatan CEO. Jawatan demikian memberikan peluang untuk Khairy bertanggungjawab ke atas urusan harian Khazanah, sedangkan orang yang menjadi ketua beliau menumpukan tugas terhadap penentuan dasar utama Khazanah. Tugas sebagai COO itu adalah semacam sama dengan tugas beliau di pejabat Abdullah.

Nor Mohamad Yakcop muncul di puncak kuasa dengan tugas menjadi penasihat kepada Perdana Menteri TKT Mahathir melaksanakan tambatan Ringgit ketika berlakunya Krisis kewangan Asia pada 1997 dahulu. Pada mulanya Nor Mohamad Yakcop punya hubungan rapat dengan anak-didik Anwar Ibrahim yang bernama Wan Hasni sebagai penasihat Kumpulan Syarikat Abrar. Nor Mohamad Yakcop pernah menjadi seorang pegawai di Bank Negara di mana dia bertanggungjawab dengan kerugian sebanyak RM15 BILION disebabkan pertaruhan dalam jual-beli matawang luar negara. Ada desas-desus mengatakan Nor Mohamad Yakcop pernah meraih keuntungan besar dalam urusan pertukaran matawang asing (forex) hingga beliau mampu membeli seekor kuda lumba di Melbourne Cup Race dan menamakannya ‘Bank Negara’.

Semasa memberikan khidmat singkat sebagai penasihat Khas kepada PM, Nor Mohamad Yakcop telah mengambil beberapa graduan lulusan Oxford dan Cambridge serta segelintir lulusan universiti lain yang dikatakan pintar belaka. Graduan yang berusia dalam lingkungan tiga puluhan merupakan akauntan ataupun peguam yang pernah berkhidmat dalam pelbagai bidang dan pakar dalam urusan pengstrukturan. Salah seorang antara mereka ialah Azman Mokhtar yang dipilih oleh Nor Mohamad untuk menjadi CEO di Khazanah. Nor Mohamed berpendapat oleh kerana Azman adalah lulusan Oxford, tentulah dia serasi menerima Khairy yang juga lulus daripada Oxford sebagai Timbalannya.

Akan tetapi Azman tidak berapa berminat dengan Khairy. Pertama, dia tidak suka melihatkan seseorang mengintai apa yang dilakukannya. Sebenarnya dia boleh bekerja dengan lebih selesa dan mengaut keuntungan yang lebih lumayan sebagai ‘Managing Partner’ di ‘Binafikir’ jika dibandingkan dengan tugasnya berkhidmat untuk negara di Khazanah. Untuk melaksanakan tugasnya di Khazanah dengan baik dia tidak mahu sesiapa mengongkongnya. Khazanah mempunyai aset berjumlah sekitar RM600 bilion melalui 11 anak syarikat, 16 syarikat bersekutu dan ratusan pelaburan kecil di Malaysia dan di luar negara. Ternyata memang menggiurkan selera Khairy yang begitu rakus dan tamak haloba. Akan tetapi alasan paling utama kenapa Azman menolak pelantikan Khairy ialah wujudnya satu kumpulan anak-anak muda di keliling Azman yang tidak begitu bersimpati dengan Khairy. Mereka ini sama–sama berkelulusan tinggi dengan ijazah kelas utama daripada universiti terunggul dunia. Graduan muda-muda ini telah ditempatkan di beberapa jawatan penting di Khazanah, daripada Pembantu Peribadi kepada Pengarah Pelaburan, Ekuiti dan Kewangan Korporat. Dalam jawatan itu mereka perlu memberi tumpuan khusus kepada tugas mereka.

Graduan muda yang berkelulusan tinggi ini tidak serasi dengan Khairy kerana Khairy adalah lambang nafsu serakah politik. Mereka sedar kehadiran Khairy akan memaksa mereka bertolak ansur dalam prinsip bisnes untuk memihak kepada kehendak politik. Khairy pasti membawa masuk kroninya untuk terlibat dalam urusan dagang Khazanah. Yang lebih penting lagi, Khairy akan merupakan satu pengaruh negatif terhadap profesionalisme kerana mahukan setiap bentuk maklumat disalurkan terus padanya. Kumpulan anak-anak muda inilah yang telah membantah dengan lantangnya akan kemasukan Khairy. Sebagai COO Khazanah. Mereka menjerit keriangan apabila Azman mengoyak surat pelantikan yang telah disediakan oleh Norza Zakaria yang bertugas sebagai Setiausaha politik Mohamed Yakcop. Surat itu hanya menunggukan tandatangan Pengerusi Khazanah merangkap bapa mertua Khairy iaitu Abdullah Badawi.

Khairy sedar graduan muda di Khazanah bukanlah sama tongkang dengan orang-orang beliau yang bertugas di Ethos Consulting dan beberapa syarikat dagang yang digunakannya sebagai saluran politik. Kalau para kroni dia boleh dilentur untuk melakukan apa yang dikehendakinya, kumpulan muda di Khazanah selalu mentertawakan Khairy. Mereka tahu Khairy tidak pandai sangat menilai pendekatan asas perniagaan, termasuk membaca maklumat penyata perakaunan dan rencana perdagangan. Memanglah Khairy tidaklah seteruk itu hingga boleh dianggap dunggu. Akan tetapi pengalamannya selama enam bulan sebagai pengacara satu rancangan TV bukanlah memberikan banyak pengalaman kerja untuk beliau memahami selok-belok kewangan korporat. Di sebalik kekurangan yang ketara begitu, Kalimullah Hassan telah melantik Khairy menjadi seorang pegawai di Kewangan Korporat di ECM Libra kerana beliau sendiri pun dahulu tidak punyai apa-apa pengalaman dan terpaksa menggunakan rangkaian seranta untuk mendapatkan peluang perniagaan untuk syarikat usahasamanya.

Khairy sedar dia tidak boleh membiarkan Khazanah berurusan di bawah jagaan anak-anak muda yang begitu bertentangan dengan impian politiknya. Apabila Azman menolak beliau, Khairy telah menggunakan satu taktik lain untuk menentukan dia mempunyai pengaruh dalam sistem Khazanah. Perlantikan Azman secara mendadak bererti banyak orang lama yang perlu diganti. Khairy telah mendesak Abdullah untuk memecat semua pegawai kerajaan yang lama di situ dan menggantikannya dengan orang yang bertaraf professional. Azman telah memilih majoriti orang baru untuk mengisi jawatan lama. Tetapi terdapat segelinteir yang mampu masuk dengan ihsan Khairy. Khairy mahu menggunakan mereka sama cara dia menggunakan Mustapha Ong di pejabat Najib. Orang–orang ini merupakan perisik bagi pihak Khairy dan bertanggungjawab memberikan maklumat aset Khazanah yang baik-baik untuk dipilih oleh Khairy bagi urusan perniagaannya.

Antara segelintir orang-orang pilihan Khairy ini tersebutlah nama seorang rakannya daripada Ethos Consulting yang bernama Gianendra Sarvananthan. Mereka berdua pernah belajar di England dan pernah belajar bersama-sama dalam kumpulan yang sama. Semasa Khairy mula-mula masuk berkhidmat di pejabat Abdullah, orang yang kerap memberi nasihat kepadanya mengenai ekonomi dan bisnes, ialah Sarvananthan. Ketika itu Sarvananthan bertugas sebagai penasihat korporat kepada sebuah bank yang berpangkalan di Singapura. Semasa itulah Sarvananthan telah memperkenalkan Khairy kepada beberapa syarikat perniagaan di Singapura termasuk beberapa pegawai utama dalam Temasek Holdings dan DBS Bank. Temasek Holding adalah syarikat milik kerajaan Singapura. Apabila Khairy gagal mendapat tempat di Khazanah beliau mengambil langkah bijak untuk menempatkan Sarvanathan di situ.

Lantas Sarvananthan telah dilantik sebagai Pengarah Pelaburan di Khazanah. Pada usia 29 tahun, Sarvananthan yang tidak ada sebarang pengalaman dalam perniagaan di Malaysia telah diberikan kuasa untuk mengstruktur perniagaan Khazanah, dan yang amat penting sekali sektor pelaburan ekuiti. Di sebalik kelulusannya yang tertulis, Sarvananthan tidak pun tahu-menahu akan asas kewujudan Khazanah. Lagi pun dia bukan tahu sangat akan suasana kewangan dan perniagaan di Malaysia. Semua ini dianggap tidak penting walaupun dia diberikan tugas terpenting dalam kerja-kerja pengstrukturan Khazanah.

Melalui kewujudan Savananthan, Khairy telah mengemukakan banyak cadangannya kepada Khazanah. Pendekatan mereka memang amat mudah sekali. Khairy telah memilih apa juga bidang bisnes di mana dia ataupun ECM Libra dapat memainkan peranan. Dia memberitahu Savananthan yang akan pergi berjumpa Azman dengan cadangan yang sama kerana kertas kerja itu telah dibuat sendiri oleh Sarvananthan. Setiap kali Khazanah memilih sesuatu jenis perniagaan untuk diniagakan, Khairy akan dilantik oleh pihak yang berminat sebagai penasihat mereka. Satu bahagian komisen yang khusus diberikan kepada Khairy kerana menguruskan perniagaan itu. Selalunya komisen adalah sedikit sahaja dalam bisnes biasa, tetapi komisen untuk Khairy adalah banyak kerana memandangkan besarnya urusan yang dibuat dengan Khazanah.

Sebagai contohnya ialah kemasukan Temasek memiliki saham TM ataupun dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia. Temasek telah membeli saham TM sebanyak 5% dengan harga RM1.6 bilion di tahap awal pentadbiran Abdullah. Ini merupakan satu isyarat urusan yang menyegarkan hubungan niaga antara dua negara yang dipisahkan oleh Tambak Johor. Seperti yang diketahui umum. Temasek adalah pemegang saham SingTel yang dinaungi oleh Lee Hsien Yang, anak bongsu Lee Kuan Yew. Ini merupakan satu urusan niaga besar yang sungguh penting. Apa yang tidak diketahui umum ialah perihal Temasek membayar komisen kepada Khairy melalui satu syarikat yang berdaftar di Singapura yang rapat dengan proksi Khairy bernama Norza Zakaria. Alamat syarikat ini ialah di Singapore Land Tower; 50, Raffles Place. Bayaran yang dibuat kepada syarikat ini ialah untuk khidmat perundingan. Yang sebetulnya itulah komisen yang dianggap rasuah juga.

Urusan dagang itu setelah dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan Umno yang paling utama. Mustapha Mohammad telah memberitahu bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas. Mahathir melenting kerana marah yang amat sangat. Walaupun Mahathir sendiri bukanlah bebas daripada kesilapannya dalam urusan politik dan dagang, dia selalunya memendam rahsia itu di kalangan keluarganya sendiri iaitu di kalangan masyarakat bisnes di Malaysia. Dia tidak pernah merestui penjualan apa juga kepada musuh ketatnya - Singapura.

Mustapha telah diberikan tugas khas untuk mendapatkan sokongan beberapa orang menteri agar sama-sama menyuarakan kekesalan betapa penjualan kepada Temasek adalah satu kesilapan besar. Hampir di setiap negara, telekomunikasi adalah dianggap sebagai satu industri strategik yang sentiasa diawasi dengan penuh hati-hati kerana implikasi keselamatan negara. Abdullah telah diberitahu betapa ramai jurutera di SingTel adalah pakar-pakar yang telah dilatih oleh Israel yang turut menyumbang kepada pembentukan sistem satelit yang canggih. Beberapa menteri seperti Aziz Shamsuddin dan Azmi Khaled telah memberitahu Abdullah bahawa langkah membuka telekomunikasi negara kepada Singapura adalah amat berbahaya memandangkan langkah yang telah diberikan kepada Singapura dalam bidang perbankan, insurans, pembekalan bahan-bahan pembinaan, dan media cetak. Agen (perisikan) Singapura seperti Kalimullah Hassan telah diberikan kedudukan di tempat yang strategik. Kemudian ada pula masalah di mana segala pelaburan Singapura tidak dapat dibalas dengan setimpalnya oleh rakyat Malaysia yang lebih miskin.

Gandingan tiga serangkai (troika) yang dianggotai oleh Mustapha, Azmi dan Aziz merupakan menteri yang berpengaruh kerana mereka adalah saki-baki pentadbiran Mahathir dan diketahui berkata benar dengan ikhlasnya kepada Abdullah. Kerana itu Abdullah tidak ada pilihan dan bersetuju dengan pendapat mereka. Namun, Khairy berdegil kerana merasakan habuan yang lumayan daripada urusan dengan pihak Singapura. Hampir semua hubungan perniagaan Khairy ada sangkut-paut dengan Singapura. Proksi beliau, Norza Zakaria mempunyai kepentingan niaga di Singapura, Majikannya ECM Libra adalah berpangkalan di Singapura. Majikannya itu mempunyai satu syarikat berdaftar di Singapura yang menggunakan wang Singapura untuk membeli asset Malaysia. Badut beliau yang bernama Kalimullah Hassan adalah seorang ‘apologist’ yang naik dalam kerjayanya kerana membuat laporan yang baik-baik di Malaysia bagi pihak Singapura. Penasihat ekonomi beliau yang bernama Sarvananthan telah dilatih oleh Singapura dan taat dan setia kepada Temasek. Patutlah orang Singapura lebih suka memberikan gelaran kepada Khairy sebagai “The Quiet Singaporean” (Warga Singapura Yang Senyap)

Tidak ada pelabur asing yang perkasa mahu berada dalam kedudukan pemegang minoriti untuk satu jangkamasa yang panjang. Kerana itu Temasek berusaha melobi dengan gigih untuk mendapatkan pegangan saham TM sebanyak 5 % lagi. Kalau diambil kira keadaan pasaran modal semasa, pelaburan tambahan itu membabitkan pembelian hampir RM1.7 billion. Khairy selalunya mendapat komisen antara 1% hingga 2% yang dikongsi sama dengan sekutunya dan ini berjumlah antara RM17 juta hingga RM34 juta. Apa bila diambil kira RM16 juta yang diterimanya dalam transaksi yang terdahulu sudah tentu ini merupakan satu perniagaan yang amat lumayan kerana Khairy hanya perlu bersuara memujuk Abdullah bersetuju dengan urusan dagang itu.

Sejak Mac tahun ini, Abdullah telah merayu agar kabinet membenarkan Temasik menambahkan sahamnya dalam TM. Setiap kali dia berbuat demikian dia menemui jalan buntu kerana tentangan para menteri yang telah menerima maklumat daripada Mahathir. Lagi pun Najib Razak sengaja diam membisu dalam hal ini. Setiap kali selesai mesyuarat kabinet, Najib akan bertemu Mahathir dan juga bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh untuk mendapat panduan dan nasihat mereka. Nasihat yang diterima adalah sama sahaja yakni melambat-lambat perkara itu selama mungkin. Jika tidak sekat terus usaha itu. Kalau Temasik dibenarkan mendapat saham tambahan kepentingan Malaysia akan tergadai.

Untuk memecah jalan buntu, Khairy telah berunding dengan Sarvananthan. Mereka tonjolkan satu idea baru yang bertujuan memberi penekanan kepada peningkatan kepentingan Malaysia di Singapura. Mereka berdua berharap kalaulah ada syarikat Malaysia yang membeli lebih banyak saham syarikat Singapura, penentangan terhadap usaha Temasek membeli saham TM boleh diredakan. Sarvananthan telah mencadangkan kepada Khazanah dan CEO TM, Abdul Wahid Omar; agar membeli lebih banyak saham M1, syarikat telekomunikasi yang nombor tiga terbesar di Singapura. Namun, urusniaga itu didapati lebih mahal daripada harga yang mula-mula ditetapkan. Singapura enggan menjual sahamnya dengan harga murah dan Malaysia terpaksa membayar premium dalam pembeliannya. Kesannya saham TM menjunam kerana para pelabur runsingkan pembelian itu tidak berbaloi dan akan menjejas keuntungan TM akhirnya. Implikasinya ialah saham TM yang akan dibeli oleh Temasek menjadi lebih murah daripada yang dijangka dahulu. Demikianlah “otak-udang” Khairy dan orang-orangnya di Khazanah. Kesannya Singapura 2  Malaysia 0.

Sehingga kini pun Khairy masih mengharap agar urusan itu dapat diselesaikan. Jika tidak pun, masih banyak lagi urusan lain yang boleh dimajukannya kepada Singapura. Salah satu usaha itu ialah pengstrukturan FELDA yang membabitkan asetnya. Kegiatan utama FELDA ialah perladangan. Akan tetapi tidak ramai orang yang sedar betapa FELDA mempunyai pelaburan juga dalam banyak bank utama di Malaysia terutamanya MayBank. Pelaburan yang dianggap kecil ini berjumlah berbilion Ringgit dan sudah matang untuk menjadi pilihan pelabur asing. Seandainya FELDA berhasrat menggugurkan aset semacam itu untuk memberikan tumpuan kepada perladangan. Dengan menggunakan ECM Libra, Khairy telah mengemukakan cadangan kepada FELDA dan Najib Tun Razak agar aset jenis ‘non-core’ (sampingan) ini dijual kepada pihak berminat di Singapura. Khairy telah memberitahu Temasek dan DBS Bank untuk bersiap sedia membeli aset itu semuanya. Berapakah agaknya komisen kepada Khairy? Antara RM30 juta hingga RM50 juta.

Masalah di FELDA berpunca daripada rencana pengstrukturan yang bukan direka oleh Khairy. Sebenarnya pengstrukturan FELDA adalah ilham pemikiran Jamaluddin Jarjis yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan Kedua. Jamaluddin telah melantik anak saudaranya untuk membuat perancangan itu melalui syarikat kumpulan Avenue Capital. Akan tetapi apabila Abdullah memegang tampuk kuasa, rencana itu telah dibatalkan kerana memberi ruang kepada rancangan Ethos Consulting, yang merupakan sayap pelaburan Khairy. Abdullah beranggapan adalah mudah untuk mendapatkan persetujuan Najib. Akan tetapi Najib telah berhelah dengan meletakkan FELDA di bawah kuasa seorang pegawai baru, yang merupakan rakan lama Mustapha Muhammad. Nama beliau ialah Ahmad Maslan. Kini keadaan sudah berada di satu persimpangan. Sedangkan kedua-dua pihak sedang melobi dengan gigihnya untuk menyeluk pekasam yang bernama FELDA. Apa yang dimulakan dahulu oleh Tun Razak sebagai rencana awalan DEB untuk membantu orang Melayu di kampung-kampung kini sudah menjadi kawah kencana yang terletak di hujung pelangi.

Setakat ini Khairy hanya mendapat komisen daripada urusniaga yang utama sahaja. Namun, masih ada satu asset kerajaan yang bernilai sekitar RM1.7 bilion yang tidak lama lagi akan menjadi landasan Khairy untuk masuk senarai Bilionaire Forbes. Rancangan untuk membalun harta karun itu sudah mengambil masa yang lama kerana begitu kompleks. Kini Khairy dan Norza Zakaria sudah berjaya memecahkan jalan buntu. Tidak berapa lama lagi rencana itu akan meledak juga dan menjanjikan keuntungan kepada mereka.

Bersambung ke Bahagian 11:    Khairy dan Kilang Duitnya

- MalaysiaToday

Hikayat Khairy Jamaludin:  Bahagian: 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20/1 - 20/2 - 20/3 - 2122 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - Ditamatkan

Terjemahan MT-SPAR  - 04.09.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Updet: MT-SPAR: Maklumat Tambahan Berkenaan Jurulelong Negara

Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.netCerminan: bakongnet.com


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.