TAG 1829-18:
Hikayat Khairy Jamaludin - Bahagian 18
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
(Cannons behind his back)
Laporan Khas Malaysia Today - Laman M@RHAENApakah Khairy sedar siapa sahabat beliau sebenarnya? Dia memang di kelilingi anak-anak muda yang pintar, tetapi mereka semakin menjadi bebanan pada dirinya. Apakah Khairy begitu naïf memikirkan bahawa semua mereka boleh dipercayai tidak membocorkan rencana dan aktiviti kepada musuhnya?
Salah satu nikmat ketika berusia muda ialah seseorang itu mampu merasakan kemewahan hidup yang tidak tersekat. Usia muda memberikan banyak ruang untuk membuat kesilapan dan inilah tangkal untuk menjadi matang. Akan tetapi Khairy tidak mampu menikmati kemewahan semacam itu. Kerana terlalu pantas naik ke atas dalam dunia politik dia mudah terjebak dalam, sesuatu situasi di mana setiap tindakannya sentiasa diteliti oleh musuh politiknya dan juga rakyat jelata.
Kehidupan Khairy memang sentiasa dipantau dengan ‘mikroskop’ dan kerana rakyat begitu kagum dengannya membawa erti bahawa dia tidak boleh bergerak tanpa ada sahaja mata yang memerhatinya, dan ada sahaja yang menganalisis serta menterjemahkan segala aktiviti itu. Selalunya terjemahan begitu memang membantu tetapi adakalanya ia sungguh mencemar dan berbentuk negatif pada imejnya. Malahan, ujian yang paling ikhlas oleh para pengkagumnya boleh dilihat sebagai mengandungi udang sebalik batu, yang kemudiannya mencetuskan kejelikan khalayak ramai.
Khairy tidak boleh berpura-pura tidak tahu-menahu dalam sepak terajang politik UMNO. Itu merupakan alasan lemah yang tidak akan disenangi. Mereka percaya memandangkan Khairy adalah lulusan Oxbridge beliau seharusnya mempunyai keupayaan, kepintaran dan kebijaksanaan untuk menjangka segala kesan tindakannya. Namun, ada kalanya orang ramai terlupa bahawa Khairy masih mentah lagi, hanya berusia 31 tahun dan naik mencanak dalam arena politik lebih laju daripada kebanyakan anak muda seangkatan dengannya.
Khairy telah dilindungi oleh Abdullah Ahmad Badawi daripada serangan yang besar-besar dan setakat ini dia tidak melalui laluan sukar. Begitu juga para sahabatnya yang turut diberikan laluan ekspres untuk naik di tahap tinggi dalam kerajaan, politik dan dunia korporat. Setiap kali mereka terhantuk, mereka tanggung padahnya dan cuba memperbetulkan diri sendiri secara perlahan, semata-mata kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka merupakan pemimpin satu pasukan opportunis yang merelakan kesilapan kecil-kecilan tetapi begitu kritis terhadap kesilapan yang besar-besar.
Ada segelintir kawan-kawan Khairy yang memang mampu memberikan nasihat bagaimana membetulkan imejnya. Tetapi mereka kurang berpengalaman dalam usaha menonjolkan imej diri ketika diasak masalah sendiri. Sebagai contoh kita ambil Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, seorang editor NST yang dilatih oleh Polis Cawangan Khas Singapura. Kalimullah menonjolkan dirinya sebagai mahaguru kepada Khairy, kononnya. Dia kerap mengiklankan Khairy walaupun ketika tidak diperlukan berbuat begitu. Hampir di setiap pertemuan dengan wartawan asing dan pemimpin kerajaan, dia menyebut nama Khairy dulu sebelum menyeru nama bos mereka yang sebenar, Abdullah Badawi. Kalimullah lebih berbangga dengan hubungan beliau dengan Khairy daripada dengan Abdullah Badawi.
Kesannya, timbul kekeliruan, seolah-olah Khairy, dan bukannya Abdullah yang mentadbir kerajaan. Kalimullah tidak membantu apabila dia mengambil beberapa orang editor yang terlatih oleh Polis SB Singapura untuk mengetuai NST dan Berita Harian. Peranan utama wartawan upahan ini ialah menonjolkan imej Lee Hsien Loong sebagai calon pengganti pemimpin utama di Singapura dan sebagai manusia paling bijaksana di dunia.
Inilah yang mereka lakukan sekarang kepada Khairy
Mereka terlupa bahawa tidak ada orang lain untuk menjadi pewaris jawatan Lee Hsien Loong selain daripada Lee Jr. Namun, dalam dunia politik Malaysia, terdapat orang lain yang yakin mereka juga layak menjadi calon pengganti Abdullah, malahan kepada Mahathir Mohamad. Disebabkan pengiklanan yang terlebih mereka jual, Kalimullah dan rakan-rakan wartawan yang setongkang dengannya sedang menjejaskan imej Khairy lebih dahsyat lagi daripada membantu kedudukannya.
Begitu juga dengan kawan-kawan Khairy dalam UMNO. Sebagai contoh, kita ambil Norza Zakaria. Insan yang tidak dikenali daripada Seremban ini tiba-tiba melonjak naik menjadi Ketua Pemuda Wangsa Maju. Norza tidak mampu pergi ke mana-mana kalaulah dia tidak dikutip oleh Khairy sebagai orang kanannya. Akan tetapi setelah menikmati kejayaan itu Norza mudah naik mabuk. Pertama, dia gunakan kedudukannya untuk menonjolkan imej sebagai orang yang paling layak memimpin pergerakan Pemuda UMNO seandainya Khairy ditakdirkan terkehel di tepi jalan. Malahan dia telah berani berbincang dengan pengendali web di mana dia menafikan yang Khairy bertanggungjawab melonjakkan beliau di tempatnya sekarang.
Norza menafikan yang dia adalah ‘orang Khairy’. Sebaliknya Norza berkokok bahawa kejayaannya adalah gara-gara kepintaran dan keupayaannya, Dia cuba menonjolkan imej lebih hebat daripada bosnya kerana mahu dilihat sebagai orang yang lebih matang daripada Khairy. Apabila diasak dengan soalan yang dia hanya orang yang mendepani Khairy, dia naik berang dan menafikannya sambil mendakwa betapa dia sengaja berlakon untuk menentukan Khairy tidak menyerang seandainya kebenaran terdedah nanti.
Kedua, Norza suka cakap banyak. Dia akan bercakap mengenai Khairy kepada mana-mana pegawai bank, peniaga, wartawan, kontraktor ataupun pegawai kerajaan yang datang menemui beliau di pejabat Perbendaharaan, Putra Jaya. Norza memberitahu mereka bahawa Khairy mahu benda itu dibuat ataupun Khairy mahu sesuatu projek dimulakan, ada kalanya tanpa merujuk dulu perkara itu kepada Khairy. Kesannya, orang mempunyai tanggapan bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan para pegawai di Kementerian Kewangan sudah tidak ada kuasa kerana Norza yang menguasai keadaan atas nama Khairy. Mungkin juga kisah ini ada sedikit kebenarannya, kerana apa pun kebijaksanaan yang dimiliki oleh Khairy, Nor Mohamed Yakcop masih lagi merupakan orang yang menguasai keadaan. Akan tetapi orang ramai menjadi keliru dengan imej semacam itu seolah-olah Menteri Kewangan Kedua adalah boneka Norza yang juga merupakan boneka Khairy.
Ketiga, Norza mempunyai rangkaian niaga, yang memudahkan kerakusannya dengan menggunakan nama Khairy. Orang-orang suruhan Norza menyebarkan dakyah bahawa ketua, mereka (Norza) adalah orang kepercayaan Khairy. Dengan dongeng begini, mereka berjaya meraih kontrak yang paling kecil di Kementerian Wilayah Persekutuan hinggalah kontrak perbankan yang besar-besar di Kuala Lumpur. Inilah yang boleh menjejaskan imej Khairy, tetapi apakah Norza benar-benar peduli?
Malahan kawan-kawan Khairy yang diselinapkan memasuki perkhidmatan kerajaan dan politik sudah menjadi sumber utama pembocoran rahsia. Sebagai contoh, kita ambil beberapa orang-orang Khairy di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Bila di depan Khairy mereka berlagak seolah-olah memberikan maklumat penting mengenai pergerakan Najib. Sebaliknya, kerana terlalu muda, naïf dan bercita-cita tinggi, mereka sebenarnya melakonkan dua watak. Sambil memberi maklum kepada Khairy, mereka juga membocorkan maklumat mengenai Khairy kepada Najib.
Sebagai seorang politikus berpengalaman, Najib amat faham bagaimana menangani maklumat itu untuk mengetahui apakah persiapan Khairy yang paling terbaru. Khairy tidak menyedari ini tetapi orang-orang yang diletakkannya di pejabat Najib adalah pengkritiknya yang paling besar. Setiap kali bercakap dengan orang-orang Najib mereka memberikan tanggapan seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan Khairy. Pada mulanya ini merupakan satu pembohongan, tetapi hari demi hari, apabila kelentungan itu menjadi semakin besar, mereka .terpaksa menyisipkan sedikit warna kebenaran juga. Inilah yang cepat dirembat sebagai rencana jahat Khairy untuk menjatuhkan calon pewaris mereka.
Segelintir sekutu Khairy sudah pun berpaling tadah secara senyap-senyap. Ketika persidangan ‘pemilihan’ UMNO yang lalu, Hishamuddin Hussein telah bertungkus lumus mahukan Khairy dilantik sebagai Timbalannya. Hishamuddin sendiri yang menelefon pencabar lain untuk memelihara kedudukan Khairy. Malahan dia sendiri menelefon Mukhriz Mahathir agar kenaikan Khairy dapat berjalan licin. Kini, sebutlah sahaja nama Khairy di depan Hishamuddin, seseorang akan dapat merasakan perubahan air muka Hishamuddin. Hishamuddin memang marahkan Khairy, dan dia begitu marah hingga berani menyebutnya secara terbuka kepada anggota Pemuda UMNO yang lain.
Khairy sudah menjadi alat untuk musuh-musuh Hishamuddin menjalankan jarum mereka. Setiap kali mereka mahukan Hishamuddin membuat sesuatu untuk mereka, nama Khairy akan mereka timbulkan. Inilah yang amat dibenci oleh Hishamuddin dan memang patut pun. Beliau marah dengan sikap Khairy berjumpa anggota Pemuda UMNNO dengan membelakangkannya. Beliau percaya bahawa Khairy sudah menderhaka dan harus didera. Secara perlahan-lahan Hishamuddin mula berengang daripada kumpulan Khairy.
Mereka yang bertugas untuk Hishamuddin telah sedar bagaimana ketua mereka sudah mula paranoid kebelakangan ini. Hishamuddin selalu berhati-hati, takutkan tikaman pisau Khairy daripada belakang. Hishamuddin sedar ada segelintir pegawainya yang memang taat dan setia kepada Khairy. Kerana itu dia berhati-hati meminggirkan mereka daripada turut serta dalam perbincangannya. Dia tidak melulu melakukan perkara itu, tetapi mereka sedang disingkirkan secara perlahan-lahan juga. . persiapan sedang dilakar untuk satu pertembungan besar-besaran di mana Hishamuddin akan memihak kepada puak yang menentang Khairy dalam soal penggantian jawatan Abdullah.
Surat-surat menyokong Khairy kepada akhbar-akhbar yang dihantar oleh Mustapha Ong, PERTIWI, Sisters in Islam dan Phay Kim Beng ternyata tidak membantu Khairy. Orang mudah melihat muslihat yang tersurat dan bukannya bodoh sangat tidak dapat mengaitkan surat-surat itu kepada propaganda untuk menaikkan Khairy. Dunia sudah semakin tulus dan terang. Hubungan propaganda itu memang mudah dilihat. Walaupun dalam beberapa kumpulan yang tidak diketahui oleh orang ramai sebagai begitu rapat dengan Khairy, masih ada pertanda rahsia menunjukkkan yang mereka sebenarnya agen kepada musuh-musuh Khairy.
Satu contoh terbaik ialah kewujudan kumpulan muda dan professional yang ada pada hari ini.Banyak kumpulan seperti itu tidak bagus terurus walaupun dianggoti oeh anak-anak mud professional yang berpendidikan dan menganggap diri mereka sebagai calon terbaik untuk melibatkan diri dalam kepimpinan pelapis UMNO. Ada antara mereka itu sengaja berpura-pura menyokong Khairy dan mendesak beliau melakukan sesuatu yang tidak termampu dilakukakannya lagi. Mereka mencuba dan membohongi janjinya untuk membasmi korupsi dn politik wang. Di sebalik usaha membantunya mereka sebenarnya membunuh kerjaya politiknya.
Mereka sepatutnya menyokong Khairy, tetapi kalau diberikan pilihan antara Abdullah dan Khairy mereka tidak akan peduli kepada orang muda yang belagak itu. Sebaliknya, kesetiaan mereka adalah dengan bos besar mereka yang memang sudah lama mengharungi perjuangan politik mereka.
Khairy pernah menghilang untuk satu ketika yang lama semasa Endon sedang nazak. Inilah yang dibocorkan oleh kakitangan Seri Perdana. Ramai pemimpin tinggi UMNO yang mengunjung untuk membaca Yassin sedar bahawa Khairy tidak muncul juga dan inilah yang membuatkan mereka bercakap. Lebih-lebih lagi mereka yang sama usia dengan Abdullah dan mereka yang sedikit muda darinya. Mereka berpendapat bahawa Khairy sudah melampau dan harus menghormati bapa mertua yang telah menaikkan dirinya.
Khairy mempunyai perangai memberi keutamaan pada wartawan asing berbanding wartawan Malaysia. Khairy merasa lebih selesa berucap kepada wartawan Singapura, Amerika dan Australia kerana mereka inilah, sejak dulu lagi selalu memuji beliau. Mereka seronok kerana Khairy mempunyai banyak rahsia untuk diluahkannya. Wartawan Malaysia mempunyai ketua yang bertanggungjawab kepada Khairy dan mudah dikawalnya. Sebaliknya wartawan asing tidak mempunyai masalah itu. Mereka adalah agen bebas, malahan penulis upahan. Apa juga yang mereka cakap kepada ahli UMNO dan tokoh pembangkang di Malaysia memang membuatkan kehidupan Khairy tidak keruan.
Antara tokoh yang paling diminati oleh wartawan asing ialah mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mungkin merupakan ahli politik UMNO yang paling mengetahui banyak hal, hari ini. Setiap gerak geri Khairy dilaporkan oleh wartawan asing kepada mereka yang mampu menggunakan maklumat itu dengan baik. Kerana kenaifan Khairy menganggap semua wartawan asing harus menghormati beliau lebih lagi kerana dia memiliki segulung ijazah daripada Oxford. Itulah sebabnya Khairy sendiri merupakan sumber segala rahsia penting yang membocorkan rencana, komplotan dan gerak
–gerinya.Khairy tidak faham bahawa dia dikelilingi oleh orang-orang yang mulut celupar. Akan tetapi mereka yang semacam itu bukan cakap sembarangan. Sebaliknya mereka suka bercakap mengenai dirinya. Lambat-laun cakap itu akan mengenanya juga. Musuh Khairy yang paling dahsyat adalah kawan-kawan yang rapat dengannya. Dia sudah sampai ke satu tahap politik yang selalu dirasakan oleh politikus di peringkat tinggi, keseorangan di atas sana. Kawan-kawan pun sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Bersambung ke Bahagian 19: Sebuah Republik Yang Menakutkan
- MalaysiaToday
Terjemahan MT-SPAR - 04.11.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Hikayat Khairy Jamaludin: Bahagian: 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20/1 - 20/2 - 20/3 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - Ditamatkan
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN