![]()
TAG 2405:
Ketika Mereka Mainkan Tabir Penamat
(As They Play The Final Curtain)
Oleh Raja Petra Kamarudin- Laman M@RHAEN
![]()
Kalau Najib mahu mengambil alih kuasa, dia mesti lakukan sebelum akhir Mei ini, kata seorang veteran UMNO yang mahu terus tidak dikenali. “Najib mesti bertindak ke atas Paklah sehingga minggu hadapan. Kalau Najib masih menungu-nunggu dan tidak melakukannya minggu hadapan, eloklah dia lupakan segala-galanya, kerana besar kemungkinannya menjelang Jun nanti UMNO akan kehilangan kuasanya.
Pada 1988, UMNO berpecah dua; Daripada debu-debu parti UMNO yang mula dilahirkan pada 11 Mei 1948, lahir pula dua buah parti baru. Sebuah bernama UMNO (Baru) dan sebuah lagi Semangat 46. Beberapa hari yang baru berlalu, pada 11 Mei 2008, UMNO telah meraikan ulang tahunnya yang ke-20 di Dewan Merdeka PWTC. Namun mereka melaungkan bahawa mereka sedang menyambut ulang tahun UMNO ke-62. Inilah silapnya apabila anda memandai-mandai menukar mengajar Metamatik dalam Bahasa Malaysia. Orang-orang UMNO sudah lupa bagaimana untuk menghitung dengan sempurna.
Mereka boleh dimaafkan seandainya tersilap tarikh itu dengan hanya setahun dua sahaja. Tetapi angka 20 dan 62 adalah terlalu besar bezanya. Biarkan saya ulangi sekali lagi. Pada 11 Mei 2008 UMNO telah menyambut ulang tahun ke-20 bukannya ulang tahun ke-62, tidak kiralah apa yang dipaparkan di kain rentang majlis sambutannya. Eloklah jangan kita keliru antara angka 20 dan 62. Rahim Tamby Chik boleh dimaafkan kerana memikirkan perihal seorang gadis sunti masih lagi berusia 18 tahun berasaskan gebu payudara yang dilihatnya. Lagi pun, bukan besar sangat bezanya antara angka 15 dan 18 kalau payudara dijadikan ukuran usia pemiliknya. Akan tetapi untuk menyalahtafsir seorang gadis bawah umur sebagai seorang wanita berusia 62 tahun tentulah tidak diterima sebagai satu alasan. Apa juga saiz, payudara berusia 62 tahun tentu terlalu jauh menyimpang dan UMNO tidak boleh dimaafkan kerana menyambut ulang tahun ke-62 sedangkan parti itu hanya baru 20 tahun usianya.
Setiausaha Agung UMNO adalah orang utama di sebalik sambutan ulang tahun UMNO ke-62 tahun. Keseluruhan sambutan itu telah diada-adakan agar setiap insan dalam UMNO dilecungkan perhatiannya jauh mengelamun sahaja. 1988 merupakan musibah pertama ketika UMNO lama ‘tutup kedai’ dan tempatnya digantikan oleh dua buah parti yang baru.
1998 telah menimbulkan satu lagi perpecahan dalam UMNO apabila Anwar Ibrahim ditendang keluar dan disumbat ke dalam penjara dan in telah melahirkan Parti Keadilan Nasional yang akhirnya berjaya menyatukan parti pembangkang dalam satu gagasan bernama Barisan Alternatif (kini, Pakatan Rakyat). Apakah satu kebetulan selepas berlakunya perpecahan pada 1988 dan1998, kita akan melihat satu lagi perpecahan ketiga pada 2008?
Nampaknya UMNO dihenyak perpecahan setiap sepuluh tahun. Tidak ada sebab untuk kita percaya selepas perpecahan 1988 dan 1998 kita tidak akan melihat perpecahan sekali lagi pada 2008 ini. Mainan wayang oleh Setiausaha Agung UMNO menyambut ulang tahun ke-20 UMNO bersalutkan sambutan ulang tahun ke-62 tahun bertujuan menyekat perpecahan yang mungkin tiba tidak lama lagi
Mereka selalu berkata, seseorang yang akan lemas selalunya akan tenggelam tiga kali sebelum dia betul-betul mati kelemasan. Kalau anda mahu menyelamatkan seseorang yang sedang lemas, anda perlu menyelamatkan beliau ketika dia terapung pada kali pertama ataupun kali kedua. Kalau anda biarkan dia tenggelam untuk kali yang ketiga, dia tidak akan timbul ke permukaan air lagi untuk kali yang keempat. Orang Cina sebut angka empat itu bererti mati dan selepas kali yang ketiga anggaplah dia sudah mati.
Apakah ini akan mengena UMNO? UMNO akan tenggelam kali ketiga tahun ini. Mampukah ia timbul semula untuk terapung buat kali keempat? Saya tidak fikir begitu dan saya berpendapat kalau UMNO tenggelam kali ketiga itu adalah untuk kali yang terakhirnya.
“Kalau Najib mahu mengambil alih (kuasa) dia mesti lakukan sebelum akhir Mei ini, kata seorang veteran UMNO yang mahu terus tidak dikenali. “Najib mesti bertindak ke atas Paklah sehingga minggu hadapan. Kalau Najib masih menunggu-nunggu dan tidak melakukannya minggu hadapan, eloklah dia lupakan segala-galanya, kerana besar kemungkinannya menjelang Jun nanti UMNO akan kehilangan kuasanya.
Nampaknya veteran UMNO ini begitu yakin dengan apa yang diperkatakannya. Dia telah menyebut beberapa nama orang yang terkenal dan berpengaruh di kalangan Panglima perang UMNO untuk menunjukkan dia mendapat maklumat daripada mereka yang berlenggang di serambi kuasa. “Oh ya,” kata beliau lagi, “Rosmah telah minta saya bercakap dengan anda meminta kalau boleh menarik balik artikel yang terakhir di laman web anda?”
“Apa yang kamu beritahu beliau?” tanya saya pula.
”Saya beritahu Rosmah yang saya tak berapa kenal dengan kamu,” jawabnya sambil ketawa besar.
”Apa jadi kalau saya tidak menarik balik artikel itu?” tanya saya.
”Kalau demikian, bersedialah menghadapi satu lagi laporan polis terhadap anda. Adakah anda sudah bersedia?”
Saya mula mengsyaki bahawa pertemuan makan tengah hari dengan ketua perang UMNO ini adalah lebih daripada bertukar-tukar pandangan tentang adu-domba kuasa dalam UMNO. Dia juga mahu melihat apakah dia boleh uruskan ‘kowtim’ dengan saya, dan yang menjadi isu ialah artikel terakhir mengenai Rosmah menelefon Sultan dan memarahi baginda tentang artikel saya mengaitkan dia (Rosmah) dan Najib dan kes pembunuhan Altantuya.
“Malahan Tengku Adnan pun sedang bermasalah,” kata panglima perang UMNO itu. Mereka mahu menyauk Mahathir jadi mereka kerjakan Tengku Adnan dahulu. Bayangkan seorang Setiausaha Agung UMNO pun sudah tidak selamat lagi. Mereka tidak peduli mengorbankan Tengku Adnan untuk menyauk orang tua itu. Apakah anda fikir mereka tidak akan berusaha merembat anda pula?”
Saya jadi keliru, apakah ini satu nasihat yang baik daripada seorang kawan yang baik yang prihatin dengan keselamatan saya ataupun ini merupakan satu ancaman yang tersirat dipesankan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri dan isterinya yang begitu ghairah mahu menjadi Wanita Pertama secepat mungkin.
Saya dapat melihat muka depan akhbar harian hari ini sedikit ganjil. Majlis Raja-Raja belum lagi membuat keputusan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai PIta Rakaman Lingam dan Kabinet pun belum lagi melihat laporan itu. Bagaimana mungkin media arus perdana boleh mendahului berita perihal apa tindakan Majlis Raja-Raja ataupun yang akan dicadangkan oleh Kabinet? Sesungguhnya ini adalah satu perlanggaran Akta Rahsia Rasmi Negara, kalaulah ada yang saya melihatnya. Dalam keghairahan untuk menjatuhkan Mahathir, dan juga Tengku Adnan, melalui proses yang sama, mereka sanggup melanggar setiap hukum di dalam kitab.
Memang ada kepala yang akan kena penggal. Seperti yang sepatutnya tetapi apa yang menjadi lebih menarik ialah kesan libasannya terhadap UMNO. Mahathir masih merupakan Mahaguru Politik UMNO dan tidak ada cara anda boleh bertindak terhadap Mahathir tanpa mencetuskan sesuatu libasan. Ini menjadikan lebih penting usaha Mahathir untuk merencana agar Paklah jatuh secepat mungkin. Hakikat bahawa akhbar arus perdana adalah dikawal oleh anak buah Paklah di Tingkat Empat, menjadikan sukar untuk Paklah menafikan bahawa anak-anak buahnya yang merencanakan berita sensasi seperti ini.
Memang jelas ada usaha untuk mensabotaj Paklah. Peristiwa yang berlaku sejak dua minggu yang lalu adalah contohnya. Apa yang berlaku di Parlimen adalah bukti bahawa Anggota Parlimen Barisan Nasional sedang memberontak. Yang terdedah setakat ini ialah anggota Parlimen dari Malaysia Timur dan anggota Parlimen yang bukan daripada UMNO, termasuk Tuan Speaker. Mereka yang menyulitkan keadaan. Budak-budak UMNO belum bertindak lagi.
Inilah titik mula keadaan menjadi semakin menarik. Panglima perang yang akan membuat keputusan mengenai hasil undi tidak percaya terhadap Paklah ialah Mahathir, Najib, Muhiyuddin dan Tengku Razaleigh. Kalau secara individu mereka tidak akan berjaya menjejaskan Paklah. Tetapi kalau mereka semuanya bersatu menentang Paklah, ini menjadi satu perkara lain pula. Mampukah mereka bersatu? Kalau ada kemampuan itu, apakah peranan Anwar ataupun Pakatan Rakyat dalam keseluruhan acara itu?
Beginilah keadaan Afghanistan pada waktu awal penaklukan Russia ke atas bumi Afghanistan. Tidak ada siapa yang menang banyak hinggalah puak Taliban bergabung menjadi satu dan bertukar menjadi sebuah pasukan yang perkasa dan berwibawa. Dengan sekelip mata, tentera Russia telah dihalau balik ke Moscow dan inilah yang mencetuskan kemusnahan USSR, yang tidak pun wujud lagi pada hari ini.
Kalau Paklah, Mahathir, Najib, Muhiyuddin dan Tengku Razaleigh, bergerak sebagai kumpulan terasing-asing, keadaan tidak akan banyak berubah. Kalau mereka berantakan sesama sendiri, maknanya Pakatan Rakyat akan menerima faedahnya. Hanya kalau begitu banyak kem dan kumpulan itu bergabung menjadi dua barulah kita dapat melihat gerakan yang akan bermula. Lambat-laun Pakatan Rakyat akan menyuarakan sokongan ke arah salah satu antara mereka untuk membantu menabur pengaruh perlawanan antara Tim A dan Tim B.
Anwar sudah bertindak bijak menentukan seramai 43 anggota Barisan Nasional yang menganggotai Parlimen dalam sakunya. Malahan ramai yang mahu bertanding semasa Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 dahulu atas tiket pembangkang tetapi Anwar mengarahkan mereka bertanding di bawah bendera Barisan Nasional di mana mereka sudah dijamin akan menang. Memang ada yang merupakan penyokong rahsia Parti Keadilan Rakyat dan telah membantu menabur kewangan kepada parti itu pada awal perjuangannya semasa PKR sedang tercungap-cungap mencari tapaknya. Anwar sedar mereka adalah lebih berguna sebagai Kuda Trojan yang boleh terus tidur sehingga satu waktu digerakkan untuk bangun. Sejak beberapa minggu yang lalu ada segelintir yang sudah pun bangun untuk mendedahkan warna bulu mereka yang sebenar. Warna itu adalah warna Pakatan Rakyat.
Najib hanya punyai seminggu ataupun dua untuk menyingkirkan Paklah dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah satu kebetulan tiga minggu yang lalu Malaysia Today telah menimbulkan kembali kes pembunuhan Altantuya yang sudah lenyap daripada skrin radar? Kalau pilihan diberikan antara Paklah dan Najib, kebanyakan rakyat Malaysia akan memilih Paklah, walaupun terlalu banyak kelemahannya. Kisah Najib ini mempunyai terlalu banyak hikayat kotor untuk disenangi sepanjang hayat.
Satu pelarasan semula (realignment) politik adalah sesuatu yang serba mungkin. Penetapan semula arah politik ini adalah penting untuk kesinambungan hayat UMNO dan Barisan Nasional. Akan tetapi anjakan yang tersilap arah akan membawa erti bahawa Negara ini akan menghala ke jurang kebinasaan, Pakatan Rakyat memiliki 82 kerusi Parlimen. Pada hakikatnya Barisan Nasional memiliki hanya 97 kerusi, daripada angka itu 43 adalah ‘perisik upahan’ yang menunggu digerakkan untuk bangun. Seramai 43 orang inilah yang akan menentukan apakah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang akan memimpin Negara ini.
Namun, masih ada satu masalah yang dikira sebagai faktor luaran. Masalah yang kedua ialah dianggap faktor dalaman – ini adalah perpecahan dalam UMNO. Kalau Tengku Razaleigh dan Muhiyuddin bersatu menentang Paklah dan Najib, bererti akan berlaku satu lagi syahmat (‘checkmate’ – jalan buntu) Tengku Razaleigh dan Muhiyuddin akan memegang selaras senapang dan Paklah bersama Najib akan memegang selaras senjata juga.
Akan tetapi, Tengku Adenan sebagai Setiausaha Agung UMNO akan memegang pelurunya. Kepada siapa yang akan diserahkannya peluru itu bergantung kepada arahan yang diterimanya daripada Mahathir. Apakah jenis peluru yang ada di tangan Tengku Adnan? Hehehe takkan kami nak dedahkan semuanya kali ini? Biarlah Najib dan Rosmah berpeluh sedikit lama lagi. Rosmah mungkin mahu buat laporan polis terhadap saya gara-gara kisah yang saya tulis ini. Oleh itu biarlah kita peram sikit apa yang ada pada kita buat masa ini.
Apa pun langkah silat yang mahu mereka laksanakan, mereka perlu bertindak secepat mungkin. Kalau mereka berdolak-dalik, perkara itu sudah tidak bermakna lagi. Besar kemungkinannya mereka bukan lagi bergocoh kerana jawatan Perdana Menteri Malaysia tetapi kerana jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen. Hmmmm....... Terfikir juga saya apakah kes hasutan yang dikenakan terhadap saya akan didengar oleh mahkamah pada bulan Oktober ini? Hehe. Mana boleh kita teka kan????
17.05.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
Sudah daftar Akaun Percuma?
Termasuk download upgred pun PERCUMA!![]()
Emel