Kerajaan PAS Terengganu, sasar Sifar miskin 2014
Kiriman: Ulit Mayang


 


 

Petronas bayar royalti minyak RM26.3 bilion dalam tempoh tiga tahun
13/05/2008 4:16pm

KUALA LUMPUR 13 Mei – Dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar RM26.839 bilion sebagai royalti kepada kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (RM1.234 bilion) dan Sarawak (RM4.821 bilion). - Utusan


Dengan andaian Pertama , royalti minyak Petronas dikembalikan

Dengan andaian kedua , royalti mnyak Petronas dinaikkan daripada 5% ke 20%.

Dengan andaian ketiga , Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih pemerintahan di peringkat pusat menjelang 16 September 2008.
 

Dengan ketiga – tiga andaian di atas , Walaupun UMNO/BN masih memegang tampuk pemerintahan di peringkat negeri Terengganu , tetapi dalam PRU-13 tahun 2012 nanti  , setelah kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membersihkan seluruh sistem yang telah dirosakkan , khususnya Suruhanjaya Pilihanraya , Negeri Terengganu akan kembali ke tangan PAS. InsyaAllah.

Dengan ketiga – tiga andaian di atas juga  , adalah perlu dirasakan tumpuan utama dan khusus kepada kepimpinan PAS negeri Terengganu , ketika itu ialah membasmi kemiskinan ke tahap sifar , menerusi konsep Negara dan negeri berkebajikan.

Dengan royalti yang dijangka diterima sekitar angka RM1,000,000,000.00 hingga RM1,500,000,000.00 , atau lebih berdasarkan kepada harga semasa dan kontrak jangka panjang diantara Petronas dan pembeli , serta peratusan asal masih dikekalkan, dan dengan jangkaan pimpinan PAS ,  pendokong  ,penyokong dan pekerja parti tidak menyeleweng ,  satu daripada tugasan utama pentadbiran baru negeri ialah menetapkan tempoh 24 bulan , iaitu menjelang 2014 , sebagai sifar miskin.

Apatah lagi sekiranya kalau kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat bersetuju untuk meningkatkan peratus royalti kepada 20% , bermakna kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan PAS , yang dianggotai oleh kepimpinan baru , akan menerima lebih kurang sebanyak RM4,000,000,000.00 hingga RM6,000,000,000.00 setahun . Kalau dan sekiranya ini yang akan berlaku , InsyaAllah , sasaran perlu ditetapkan lebih awal lagi iaitu dalam tempoh 12 bulan sahaja , iaitu tahun 2013 , Terengganu Sifar Miskin.
 

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

16.05.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel