![]()
Pusat di bawah Pakatan Rakyat,
bagaimana dengan negeri?
Kiriman: Ulit Mayang
![]()
Menjelang 16 September 2008, Selasa, Pakatan Rakyat akan mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Sekiranya betul–betul berlaku, iaitu pentadbiran kerajaan pusat beralih tangan kepada Pakatan Rakyat, bagaimana pula dengan kedudukan negeri–negeri yang masih di bawah pemerintahan UMNO/BN sekarang ini?
Adakah negeri–negeri Perlis, Pahang, Terengganu, Melaka,Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak, juga akan turut tumbang, iaitu berlaku penghijrahan dan berubah kiblat pemerintahan kepada Pakatan Rakyat?
Kalau diteliti, sekiranya penghijrahan ahli–ahli parlimen yang dikatakan dari Sabah dan Sarawak, betul–betul berlaku seperti dirancang, insyaAllah, besar pula kebarangkalain dan pemerintahan kedua–dua negeri Sabah dan Sarawak juga pasti akan turut berubah.
![]()
Negeri–negeri mana lagi yang mempunyai kemungkinan akan turut berubah tampuk pemerintahannya?
Bagaimana dengan Negeri Sembilan? UMNO/BN menguasai sebanyak 21 kerusi dewan undangan negeri, manakala Pakatan Rakyat memenangi sejumlah 15 kerusi. Hanya diperlukan sebanyak 4 buah kerusi sahaja, bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambilalih negeri dengan majoriti mudah. Adakah ini akan terjadi nanti? InsyaAllah.
Manakala bagi negeri–negeri lain, seperti Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis, walaupun nampak agak sukar untuk berlaku penghijrahan ahli–ahli dewan undangan negeri kepada Pakatan Rakyat, tetapi sekiranya pemerintahan di peringkat pusat berubah, kuat macam mana pun negeri–negeri tadi, negeri Terengganu InsyaAllah antara yang awal–awal juga akan jatuh. Ini kerana, sejarah penglibatan DSAI dalam UMNO, Terengganu dikenali sebagai penyokongnya, jadi tidak ada masalah besar sangat di sini.
Bagi negeri Johor, Melaka, Pahang dan Perlis yang masih tinggal, bagaimana nasibnya?
Bagi negeri Pahang, negeri TPM, mungkin agak kuat cengkaman UMNO/BN. Tetapi harus jangan dilupai, dengan jatuhnya Putrajaya, ke mana TPM akan melarikan diri? Agak janggal dan tidak masuk akal DS Najib akan kekal sebagai Timbalan Ketua Pembangkang di Parlimen dan negeri Pahang sebagai negeri Pembangkang? DS Najib pula perlu diingati sebagai orang kuat DSAI semasa dalam UMNO dulu. Maka demi survival perut dan anak buah, politik menjadi serba mungkin, di mana akhirnya beliau juga akan turut serta bersama – sama Pakatan Rakyat. Mungkin kah?
Sanggupkah Adenan Yaakub, Mat Isa Sabu, Ali Rastam dan Ghani Othman menerajui kerajaan pembangkang di negeri masing–masing?
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
16.05.2008
Emel