DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN:
DPPWP mengutuk serangan bom di pejabat DAP

 
 

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab yang dilaporkan telah melontarkan bom petrol (molotov cocktail) di Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya pada awal pagi semalam.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 2.20 pagi itu, disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah sekolah yang berhampiran. Beliau melaporkan bahawa dua orang lelaki yang belum dikenalpasti dilihat membaling sesuatu ke tingkap atas bangunan berkenaan hingga menyebabkan dua letupan kuat kedengaran.

DPPWP melihat bahawa kejadian ini adalah satu tindakkan yang melampau dan mungkin mempunyai kaitan dengan beberapa siri perdebatan antara beberapa pemimpin DAP dan parti politik tertentu berhubung isu-isu semasa yang dianggap mencabar kepentingan pihak tertentu.

DPPWP berharap agar setiap parti politik mengawal ahli masing-masing dan tidak menimbulkan tindakkan provokatif sebegini bagi mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei berlaku lagi. Apa yang berlaku ini adalah satu tindakan yang terlalu ekstrim, didorong oleh emosi yang tidak terkawal dan pastinya terdapat pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam merancang jenayah ini.

DPPWP mengesa agar pihak Polis bertindak segera terhadap laporan yang dibuat dan menangkap mereka yang terlibat. Kerajaan yang selama ini amat tegas terhadap sebarang aktiviti keganasan seharusnya memandang berat kejadian ini sebelum ada pemimpin politik yang dicederakan atau mati dibunuh.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS wilayah Persekutuan

http://dppwp.wordpress.com/2008/05/15/dppwp-mengutuk-serangan-bom-petrol-di-pejabat-dap/

Lawati Blog DPPWP di http://dppwp.wordpress.com
 

16.05.2008

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel