![]()
Politik, politik juga, rakyat jangan dilupa
Daripada PAS Parit Buntar- Laman M@RHAEN
![]()
PARIT BUNTAR, 6 Sept : Dr. Mujahid Yusuf Rawa sudah hampir enam bulan menjadi Ahli Parlimen Parit Buntar. Beliau berhadapan dengan jadual yang ketat menghadiri beberapa kali sidang parlimen, memenuhi tuntutan parti sebagai Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional bergerak ke seluruh negara bagi memperkasakan Kelab Penyokong PAS dan melaksanakan amanah sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Terbaru, beliau memikul tugas sebagai Pengarah Pilihanraya PAS semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Dalam kesibukan ini, beliau tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya kepada rakyat yang diwakilinya di Parit Buntar. Selama enam bulan pertama ini, disamping cuba menyelesaikan permasalahan rakyat yang ke pejabatnya. Dr. Mujahid bersama pembantunya telah melaksanakan program-program kebajikan kepada rakyat selaras dengan manifesto Negara Berkebajikan.
YB_pelanggan_KK004.jpg Bersama Pelanggan KK 01 image by paspbBagi membantu penduduk menyalurkan masalah mereka tanpa ke pejabat di Parit Buntar. Pejabat Ahli Parlimen telah mengadakan program Hari Bersama Pelangan di Komuniti orang Tionghua dan Dialog Rakyat di kampung Melayu. Program ini akan berterusan diadakan selepas bulan Ramadhan ini.
Sungguhpun dinafikan peruntukan oleh kerajaan pusat yang diterajui BN, beliau tetap berjaya meneruskan agenda kebajikannya di Parit Buntar. Antara program kebajikan yang berjaya dilaksanakan ialah bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, bantuan kesihatan kepada Orang Kurang Upaya, bantuan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim serta Khidmat Kesihatan percuma.
Walaupun bantuan yang disumbangkan kecil, namun mampu membantu meringan kesusahan penerima sumbangan ini. Elaun sebagai Ahli Parlimen sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan membayar elaun pembantu-pembantu dan permohonan sumbangan yang tidak henti-henti datang ke pejabatnya.
Justeru, sebelum Ramadhan baru-baru ini Dr. Mujahid sanggup turun ke beberapa masjid dan surau bagi melancarkan dana Ramadhan bagi membantu golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan anak-anak yatim semasa bulan Ramadhan.
gambar001002.jpg khidmat kesihatan2 image by paspbPada 30 Ogos iaitu dua hari sebelum Ramadhan, Khidmat Kesihatan percuma sekali lagi diadakan di Tanjung Piandang dengan bantuan lima orang doktor sukarela. Program yang bermula di sebelah pagi hingga petang ini menerima sambutan yang baik dari penduduk tempatan dari kalangan orang Tionghua.
Selama enam bulan ini kerjasama Dr. Mujahid dengan PAS Kawasan amat baik terutama Lujnah Kebajikan dan Kelab Penyokong yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama. Tambahan pula empat orang pembantunya adalah dikalangan AJK PAS Kawasan dan Dewan Pemuda.
Dr. Mujahid juga sentiasa menerima teguran dan nasihat daripada Jawatankuasa Pemandu Wakil Rakyat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan.
Penduduk di Parit Buntar diharap dapat memahami kesibukan Dr. Mujahid sehingga menyebabkan beliau tidak dapat memenuhi semua jemputan kenduri kahwin dan kematian yang berlaku di Parit Buntar.
Beliau tidak akan menghampakan jemputan ini jika berada di Parit Buntar. Namun jika jemputan atau kematian ini berlaku semasa beliau berada di luar Parit Buntar contohnya menghadiri sidang parlimen, pembantunya akan pergi mewakili beliau.
Kiriman Webmaster Laman PAS Parit Buntar
06.09.2008
Emel